Perihal Aku

Foto saya
SK Paya Pulai, 28000 Temerloh,, Pahang Darul Makmur, Malaysia
aKu BuDaK SeKoLaH

Pengikut

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Lama dah aku x menulis... Kebetulan lak ari nie ada member lain call, jadi aku amik la kesempatan ini untuk menulis sedikit apa-apa yang patut... Alhamdulillah, setakat nie blog aku nie dah banyak membantu aku dalam mencari dan merapatkan kembali hubungan persahabatan dengan rakan-rakan semaktab aku dahulu... Dan aku mengharapkan bukan sekadar rakan semaktab sahaja, tetapi mereka2 yang pernah kukenali ketika berada di ITM Shah Alam (1998) dan Politeknik Johor Bahru (1999) dahulu juga dapat menghubungi aku kembali... Aku skrg nipun bz skit... Byk function sama ada kat skolah ataupn kat luar... Jd payah le skit nak update blog nie selalu... Kalau korg berkesempatan, bukalah blog unit ict skolah aku...

ANAK AKU DAN X-ROOMATE







Yang atas sekali tue baby aku yang baru lahir 30/06/2009 baru nie... Lpas subuh, pukul 6.40 pagi seberat 3.1 kg... dilahirkan di Hospital Sultan Haji AHmad Shah, Temerloh, Pahang Darul Makmur... Yang lain tue gambar roomate aku masa kat MPTI dulu, Zaidi...

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN

Sudah lumrah kehidupan, ada pertemuan dan perpisahan... Begitu juga dengan aku... Last week, aku bertemu semula dengan roomate aku masa d maktab dulu, Zaidi... Minggu nie pulak, aku jumpa dgn kenalan semaktab aku dulu, Rashvinder... Tapi dalam masa yang sama, pada hari pertama aku masuk smula ke sekolah selepas bercuti selama seminggu kerana menyambut kelahiran bayiku yang kelima, seorang putera, aku juga terpaksa membuat persiapan bersama-sama rakan Unit ICT yang lain untuk satu majlis yang agak memilukan jugak... Salah seorang ahli unit ICT sekolah telah menerima tawaran sebagai GPK KOKO di KG RAJA, CAMERON HIGHLANDS, iaitu Cg HAMZAH MS... Setelah beberapa bulan bersama menghasilkan beberapa klip video dan sebagainya, beliau akan meninggalkan group ICT SK Paya Pulai, satu kehilangan buat group kitorang... Gambar lain kali laaa aku uploadkn... Hari ni x dan sebabnya aku ada klas jap lagi... jumpa lg...
 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates